Cara Menjaga Kesihatan Tubuh

Tips Healthy Living

Friday, June 09, 2017 nur atiqah nabihah 0 Comments



Tips Healthy Living

Nowadays banyak orang tak peduli tentang kesihatan tubuh badan sewajarnya. Hal ini dapat dilihat dari pola makan, tidur, dan senaman yang tidak dijaga dengan betul.
Makan sesuka hati yang tidak mementingkan isi kandungannya adalah sangat bahaya.
Selain itu kurang istirehat juga membuatkan kita kurang sihat dan tidak bermaya.
So nak tau tips menjaga stamina tubuh agar selalu sihat dan cergas? 

1. Jangan Makan Secara Berlebihan
Menjaga pola makan sangat penting agar kita dapat mengatur apa saja yang boleh masuk ke dalam tubuh dan apa yang seharusnya tidak dimakan. Penuhi pola makan 4 sihat 5 sempurna iaitu nasi sebagai makanan utama, lauk pauk agar tubuh kita mendapatkan protein dan lemak yang cukup, sayur, buah serta susu.
Selain kandungan pada makanan yang harus anda ambil, time makan juga harus di jaga agar perut anda tidakakan mengalami masalah. Makanlah ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang, atur pola makanan secukupnya sesuai yang anda inginkan.
Jangan makan secara berlebihan kerana banyak impact yang akan terjadi seperti bertambahnya berat badan atau malah akan merangsang timbulnya penyakit.BAHAYA kan?


2. Pengambilan Madu
MADU sangatlah berkhasiat untuk kesihatan tubuh kita. Manfaatkanlah madu untuk menjaga kondisi tubuh agar always keep fit.
Amalkan sesudu madu setiap pagi atau sebelum tidur adalah sangat baik untuk pernafasan, kerana madu dapat membantu penyembuhan penyakit yang berhubungan dengan pernafasan seperti asma, bronkitis, sinusitis, alergic, flu, dan sebagainya.
Selain itu walaupun rasanya manis, madu berkhasiat untuk menurunkan glukosa kerana madu memiliki indeks glikemik yang rendah. Madu juga boleh membuat anda awet muda kerana ianya memiliki antioksida yang cukup tinggi.Haaa siapa tyang tak nak kan.

3. Menjaga Kebersihan
Kebersihan adalah hal utama yang harus anda perhatikan jika anda ingin memiliki tubuh yang sihat. Jika kebersihan tidak dijaga automatik kuman, bakteria, dan virus sangat mudah mendekati tubuh anda.
Jagalah kebersihan pada tubuh anda dengan cara mencuci tangan sebelum makan dan setelah mengerjakan sesuatu yang membuat tangan anda kotor.
Selain itu mandilah 2 kali dalam sehari, setiap pagi hari sebelum beraktiviti dan sebelum petang hari saat selesai beraktiviti. Bukan hanya kebersihan tubuh yang harus dijaga, ingat kebersihan dalaman juga penting! lagi-lagi time virus corona ni lagilah kena lebih menjaga kebersihan sewajarnya.
Keep surfaces clean okayy.



4. Puasa
Salah satu manfaat dari puasa adalah untuk detox. Detox iaitu proses pengeluaran racun yang ada di dalam tubuh. Selain dapat mengeluarkan racun-racun di dalam tubuh, puasa juga cara untuk menjaga sistem  pencernaan.
Masih banyak lagi manfaat dari puasa, untuk anda yang ingin selalu sehat dan cergas sangatlah bagus untuk melakukan puasa paling tidak 2 kali dalam seminggu.



5. Olahraga
Olahraga sudah terbukti sangat menyihatkan badan.
Dengan berolahraga dapat melancarkan peredaran darah yang berguna untuk kesihatan jantung serta dapat meningkatkan konsentrasi. Olahraga juga dapat meningkatkan kepadatan tulang, ini baik untuk mencegah Osteoporosis.

6. Hindari diri dari Stress
Stress memang tidak dapat dihilangkan, tapi dapat dikurangi dan dihindari. Lakukan kegiatan positif yang boleh anda untuk lakukan, dengan hindari perkara-perkara yg boleh membuatkan anda untuk stress elok sekiranya dilupakan seketika.
Dari 6 cara menjaga kesehatan tubuh yang telah dipaparkan di atas semoga dapat membantu anda untuk mencegah datangnya penyakit terhadap tubuh anda!
Insha Allah..amiin.


You Might Also Like

0 comments:

Leave ur Comment heRe!!!