Ayah & Ibu

Ayah & Ibu

Friday, March 18, 2016 nur atiqah nabihah 0 Comments

Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Sebenarnya besar mana pun kebaikan dan kebajikan yang kita buat untuk ibubapa kita tidak akan terbalas pengorbanan mereka terhadap kita.

"Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata ..


"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibubapamu 
(tak kira masih hidup atau telah tiada)"
 nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."
Ingatlah bahawa keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah



Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Di samping di atas kita kenalah juga pastikan kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.


Besarnya pahala seorang anak apabila dia sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagian ibubapanya. Apa lagi jika sanggup bersusah payah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang ketika mereka sangat memerlukan. Kita datang berjumpa dan melihat ibubapa kita pun Allah dah berikan kita pahala (untungnya pada mereka yang masih mempunyai ibubapa di dunia ini).

Bayangkan jika ibu bapa yang berusia  menderita sakit apa yang perlu kamu lakukan ye?

  • Jika dulu orangtualah yang mengasuh kita sewaktu kecil dengan penuh kasih sayang, kini tiba saatnya kita membalas budi baik mereka dengan merawat mereka ketika telah lanjut usia.
  • Niat untuk mencari keredhaan Allah S.W.T
  • Bertutur kata dan bersikap lembut dengan ibu bapa kita
  • Berolahraga bersama.(dengan cara yang ringan**berjalan di taman@halaman rumah)
  • Menemani orangtua menjalankan kegiatan kesukaan mereka
  • Menyiapkan menu makanan sihat buat mereka
  • Sentiasa memeriksa tahap kesihatan mereka
  • Apabila dia mengeluh kita sebagai anak kena layan kerenah mereka kerana orang dulu pernah berkata perangai seseorang itu akan berubah mengikut umur.(emosi kena jaga)
  • Kita boleh menambah ilmu dengan membaca buku yang membahas tentang perawatan orang sakit di rumah
  • Yang paling penting mengingatkan orangtua untuk semakin mendekatkan diri kepada Allah.
  • Mengasihi Orangtua dengan Setulus Hati
Selain perawatan secara fizik, kita tidak boleh melupakan perlunya perlakuan dan sikap yang baik pada orangtua. Mengucapkan kata “Ah” kepada orangtua tidak dibolehkan oleh agama, apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu. Terlebih lagi, orangtua yang telah berusia lanjut biasanya mengalami perubahan perilaku dan lebih peka terhadap sikap atau ucapan yang kasar. Untuk itu, kesabaran dan ketelitian dalam merawat mereka. Demikian penjelasan singkat mengenai perawatan orang tua yang telah lanjut usia. Semoga bermanfaat dan bisa menjadi bekal bagi kita untuk berbakti pada orangtua.Insyaallah kita bisa melakukannya.




بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على محمد وآل محمد اَللَّهُمَّ اَزِلْ عَنْهُ الْعِلَلَ وَالدَّآءَ، وَاَعِدْهُ اِلَى الصِّحَّةِ وَالشِّفَآءِ، وَاَمِـدَّهُ بِحُسْنِ الْوِقَايَةِ، وَرُدَّهُ اِلَى حُسْنِ الْعَافِيَةِ، وَاجْعَلْ مَانَالَهُ فِي مَرَضِهِ هَذَا مَادَةً لِحَيَاتِهِ وَكَفَّارَةً لِسَيِّئَاتِهِ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّـدٍ.  

Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesihatan dan kesembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahan-nya. Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.  Amin Ya Allah , Amin Ya Robbillalamin.




You Might Also Like

0 comments:

Leave ur Comment heRe!!!