Arwah Ibu
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Bonda tercinta telah kembali ke Rahmatullah, pergi tak kembali buat selama-lamanya… Allah سبØانه وتعالى menguji kita dan kita sentiasa diuji sehingga kita semua juga akan mengikut jejak-jejak mereka.
Pengubat Rindu Anak Pada Arwah Ibu
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Bonda tercinta telah kembali ke Rahmatullah, pergi tak kembali buat selama-lamanya… Allah سبØانه وتعالى menguji kita dan kita sentiasa diuji sehingga kita semua juga akan mengikut jejak-jejak mereka.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
Aku hanya anak angkat kepada kedua orang tuaku,namun sehingga kini aku masih tetapkan hati untuk menerima mereka sebagai ibu bapa kandungku.banyak jasa yg perlu aku balas pada mereka berdua.Berbalik pada cerita tentang ibu angkat ku,dari kecil aku selalu mengingkari percakapan nya,kadang2 aku buntu kenapa dia selalu memarahiku..sehinggalah aku berumur 20tahun.ibuku tidak dingin seperti biasa tetapi tuhan mengujiku dengan kesakitan yg melanda ibuku..
Aku tau ibuku byk menderita dengan penyakitnya,tambahan lagi dia mengalami masalah kemurungan semenjak arwah nenda ku meninggal 4 tahun yg lepas.banyak dugaan yg harus kami sekeluarga harungi.ibuku semakin lemah dari hari ke hari.Aku sebagai seorang anak angkat banyak berusaha untuk pulihkan ibuku,,bukan senang untuk berkorban masa dan tenaga malah tuhan uji dengan kesabaran yg sangat banyak..
Tuhan saja mengetahui mcm mana susahnya kami tempuh dari hari ke hari.Sehinggalah dia di masukkan ke unit kecemasan Hospital serdang pada 31 Jan 2016.dan akhirnya.....
kugagahkan diriku,ku pulihkan semangat dan ku beristighfar byk2 sebelum masuk ke wad yg mnempatkan ibu. Perlahan kaki ku langkahkan dan nun di hujung sana ibu terlantar tidak sedarkan diri seorang diri...
Astaghfirullahalazim....
Astaghfirullahalazim....
Allahuakbar...Allahuakbar...
Aku bagaikan terhentak seketika.
aku ingat semua perkara yg aku curahkan kasih sayang buat ibuku,aku masakkan untuknya,buat kan kuih kegemarannya,belikan apa dia nak,,dan aku paling ingat Setiap kali aku mandikan ibuku,dengan usapan yg lembut ,aku gosokan giginya perlahan2,aku sabunkan badan dan kepalanya,,aku cucikan mukanya.aku lapkan badannya,aku pakaikan bajunya dan letakkan bedak di seluruh muka dan badannya.dan akhirnya aku sikatkan rambutnya.
ternyata Allah lebih menyayanginya.Setelah bertarung kesakitan selama 14 hari di ICU dan Sehari di wad pengeluran kahak di HOSPITAL SERDANG,akhirnya ibuku telah pergi buat selamanya pada hari Rabu,15 Feb 2017 ,5.39pm bersamaan dengan 18 Jamadilawal 1438H.Untuk kali terakhir aku memandikanmu ibu selepas solat Maghrib di bilik mayat Hospital Serdang.sayu hatiku melihat arwah ibuku..Sehingga lah ke hari ini,aku masih lagi mengingatinya walaupun byk perkara yg harus aku selesaikan..Doaku buatmu ibu tak kan pernah terhenti kerana ibulah satu2nya ibu yang sangat aku sayangi walaupun hanya sementara.Jasa mu tak kan pernah ku lupa hingga nafasku terhenti.Insya Allah.
0 comments:
Leave ur Comment heRe!!!