SOLAT SUBUH

SOLAT SUBUH

Tuesday, March 15, 2016 nur atiqah nabihah 0 Comments

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)









Waktu untuk melakukan solat sunat Subuh ialah selepas masuk waktu Subuh, sebelum menunaikan solat fardhu Subuh. Jika dilakukan sebelum Subuh, ia tidak dikira solat sunat Fajar.
Kata Ibn Abdil Barr: "Tidak ada perselisihan daripada amalan baginda SAW, bahawa apabila fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh".

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.Niatnya pula 





Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.  

  • Rakaat pertama – Bersyukur baginda kerana terlepas daripada kegelapan malam. 
  •  Rakaat kedua – Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


"Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya" Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalnya; dan kalau buruk, maka buruklah seluruh amalnya. Bagaimana mungkin seorang yang beriman mengharapkan kebaikan di akhirat, sedang pada hari kiamat bukunya kosong dari solat Subuh tepat pada masanya?




Harap Dapat Share(SEBARKAN) . Selamat Beramal . 

You Might Also Like

0 comments:

Leave ur Comment heRe!!!